PENGENALAN


Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.

E-JARIAH..rasai bagaimana kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha

PENGENALAN

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturandalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15) Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Muamalat adalah satu tajuk yang besar dalam Islam. Ia merangkumi pelbagai cabang antaranya ialah gadaian, syarikat, al ijarah, jual beli salam dan sebagainya. tetapi dalam ruangan yang kecil ini, saya akan berkongsi dengan anda semua berkaitan tajuk jual beli dan sewaan. Diharapkan dengan maklumat yang serba ringkas ini dapat membantu anda dalam memahami tajuk jual beli dan sewaan dalam Islam..InsyaAllah...

SOALAN-SOALAN LATIHAN



JUAL BELI DAN SEWA

  1. Jual beli adalah perkara yang diharuskan oleh syara'. Terangkan 3 (tiga) jenis jual beli yang dilarang tetapi sah.
  2. Senaraikan rukun jual beli serta nyatakannya secara terperinci.
  3. Berikan pengertian sewa dan sertakan rukun-rukunnya.
  4. Jelaskan 3 (tiga) hikmah diharuskan sewa.
  5. Jelaskan sebab kontrak menjadi batal. Huaraikan satu persatu.

SYARAT SAH SEWA


Di antara syarat sah sewa ialah:

  1. Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa.
  2. Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syara'
  3. Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa, contohnya menyewakan rumah kepada isteri.
  4. Janganlah pekerjaan yang menjadi tujuan sewa merupakan fardhu atau wajib kepada orang yang memberi sewa.
  5. Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan.

SEWA MENYEWA YANG TIDAK SAH




Di antara sewa menyewa yang tidak sah ialah:

  1. Penyewa menyewa pohon atau pokok untuk mendapatkan buahnya kecuali buah itu sudah masak dan sudah gugur.
  2. Menyewa dua jenis mata wang seperti emas dan perak
  3. Menyewa makanan untuk dimakan
  4. Menyewa barang yang dapat disukat dan ditimbang.
  5. Menyewa lembu, kambing atau unta untuk mendapatkan susunya.
Hal ini kerana, barang-barang tersebut tidak dapat dimanfaatkan kecuali dengan menggunakan barang itusendiri. Akad mengkehendaki pengambilan manfaat bukan barangnya itu sendiri. Misalnya manfaat daripada barang seperti rumah untuk diduduki, kereta untuk dinaiki dan sebagainya.

;;

SENARAI RUJUKAN

Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.