PENGENALAN


Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.

E-JARIAH..rasai bagaimana kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha

FADHILAT MUAMALAT

Maha Suci Allah menjadikan sesuatu hukumNya itu dengan penuh hikmah. Begitu juga halnya dengan muamalat ini. Antara himah pensyariatan muamalat dalam islam ialah:

1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.

3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.

4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t:

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar .(Surah Al-Hadid Ayat 7 )

5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .

6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah :

a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

0 Comments:

Post a Comment



SENARAI RUJUKAN

Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.