PENGENALAN


Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.

E-JARIAH..rasai bagaimana kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha

PERKARA YANG DILARANG DALAM JUAL BELI

RIBA

Definisi Riba’
.

Dari segi bahasa ialah :bertambah atau subur.

Dari segi syarak pula ialah : aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

Bahagian Riba’

Terbahagi kepada tiga bahagian :-


a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang. Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).
b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli. Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.
c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik RM 120.00


3. Dalil-dalil pengharaman riba’


وأحل الله البيع وحرم الربوا....


Firman Allah s.w.t:


Yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)


Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

0 Comments:

Post a Comment



SENARAI RUJUKAN

Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.