PENGENALAN


Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.

E-JARIAH..rasai bagaimana kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha

RUKUN JUAL BELI

(A) PENJUAL DAN PEMBELI

(i) Hendaklah seorang yang berakal dan baligh: Tidak sah jual beli bagi kanak-kanak dan orang gila
(ii) Dengan Kemahuan sendiri dan bukan kerana dipaksa
(iii) Seorang yang merdeka: Tidak sah sesuatu jual beli yang dilakukan oleh hamba
(iv) Bukan seorang yang muflis atau hartanya ditahan oleh pihak berkuasa.

(B) BARANG

(i) Zatnya atau sifat barang hendaklah daripada barang yang bersih dan suci. Tdak sah menjual najis, bangkai, najing, babi dan sebagainya
(ii) Mempunyai nilai manfaat iaitu boleh digunakan
(iii) Mempunyai keupayaan seseprang atau dimiliki oleh seseorang yang dibenarkan untuk berjual beli. Tidak sah menjual harta pusaka yang belum difaraidkan lagi
(iv) Mempunyai milik yang sempurna dan boleh diserahkan barang tersebut semasa akad jual beli. Tidak sah barang itu berada di luar kuasa pemiliknya seperti barang yang hilang, barang yang dicuri dan sebagainya.
(v) Penjual dan pembeli mengetahu dengan jelas kadar, jenis, sifat dan sebagainya. Tidak menjual barang yang tidak menentu seperti ikan di sungai, burung di udara dan buah-buahan yang belum pasti jumlahnya.

(C) HARGA

(i) Harga mampu diserah oleh pembeli kepada penjual
(ii) Penjual dan pembeli tahu jenis dan nilai mata wang yang digunakan.

Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya.”

(D) IJAB DAN QABUL

(i) Ijab ialah ucapan memberi dengan persetujuan bersama seperti kata penjual ” Saya jual buku ini dengan harga RM20.00 kepada kamu”.
(ii) Qabul ialah ucapan menerima dengan persetujuan bersama seperti jawab pembeli ”Saya beli buku ini dengan harga RM20.00”.

Syarat-syarat ijab dan qabul:
(i) Ucapan yang tidak diselangi dengan perkataan atau maksud lain
(ii) Mempunyai persamaan maksud dari segi barang atau maksud dan lain
(iii) Tidak boleh ditaklifkan atau ditaklikkan atau disyaratkan seperti kata penjual

”Saya jual buku ini dengan harga RM20.00 kepada kamu jika bapa kamu bersetuju”. Jawab pembeli ”Saya beli buku ini jika bapa saya bersetuju”.

(iv) Tidak dihadkan masanya seperti tempoh sah menjual dan membeli selama seminggu.

Dari keterangan-keterangan umum perniagaan haram dalam bab yang telah lepas, jualbeli atau perniagaan yang diharamkan, terbahagi kepada dua bentuk pengharaman iaitu :

1. Haram tetapi sah akadnya
2. Haram dan tidak sah akadnya

0 Comments:

Post a Comment



SENARAI RUJUKAN

Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.