PENGENALAN


Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.

E-JARIAH..rasai bagaimana kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha

Showing posts with label PERKARA YANG DILARANG. Show all posts
Showing posts with label PERKARA YANG DILARANG. Show all posts

PERMASALAHAN DALAM JUAL BELI

Dilarang bertanya-tanya dan mencari-cari mengenai barang yang hilang di dalam masjid.

Hal itu sesuai dengan hadis Nabi saw:

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasululah saw bersabda,

Barangsiapa mendengar seseorang yang mencari-cari barang yang hilang di dalam masjid, maka hendaknya dia berdo’a, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu’,kerana masjid-masjid itu tidak dibangun untuk hal ini’.” (HR Muslim).

Dilarang jual-beli di dalam masjid. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi saw:

Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Apabila kamu melihat orang yang berjualan atau membeli jualan itu di dalam masjid, maka katakan kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberi keuntungan daganganmu’.” (HR an-Nasa’i dan at-Tirmidzi serta menganggap hasan hadis tersebut).

Berkata Ibnu Mas’ud: Apabila seseorang itu meminta-minta di dalam masjid, maka sepatutnyalah dia tiada diberi. Ini merujuk kepada sedekah peribadi (bukan derma tabung masjid). Kalau hendak beri sedekah peribadi atau derma selain untuk tabung masjid, lakukan di kawasan luar masjid.

(Sumber daripada: http://smzblog.wordpress.com/2008/05/05/larangan-jual-beli-dunia-dlm-masjid/)

RIBA

Definisi Riba’
.

Dari segi bahasa ialah :bertambah atau subur.

Dari segi syarak pula ialah : aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

Bahagian Riba’

Terbahagi kepada tiga bahagian :-


a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang. Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).
b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli. Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.
c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik RM 120.00


3. Dalil-dalil pengharaman riba’


وأحل الله البيع وحرم الربوا....


Firman Allah s.w.t:


Yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)


Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

SYARAT-SYARAT PENJUALAN BARANG-BARANG UNTUK MENGELAKKAN RIBA'

(i) Barang yang sama jenis:-

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
Barang yang tidak sama jenis:-
a) hendaklah dengan tunai
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

(ii) Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya
- tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak

Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.

HIKMAH PENGHARAMAN RIBA'

- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

;;

SENARAI RUJUKAN

Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13

Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.