PENGENALAN
Assalamualaikum WTB..
Kepada para pelayar yang dihormati.. Ruangan info MUAMALAT ini menyediakan maklumat secara ringkas tentang perkara-perkara asas dalam agama Islam khususnya dalam bab muamalat sahaja. Maklumat dan isu-isu terkini di dalam ruangan ini akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa untuk manfaat kita bersama.
Segala pandangan atau cadangan yang membina tentang ruangan ini bolehlah disampaikan kepada saya melalui emel: hakim_310@yahoo.com Sekian, terima kasih. Wassalam.
Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturandalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15) Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.
Muamalat adalah satu tajuk yang besar dalam Islam. Ia merangkumi pelbagai cabang antaranya ialah gadaian, syarikat, al ijarah, jual beli salam dan sebagainya. tetapi dalam ruangan yang kecil ini, saya akan berkongsi dengan anda semua berkaitan tajuk jual beli dan sewaan. Diharapkan dengan maklumat yang serba ringkas ini dapat membantu anda dalam memahami tajuk jual beli dan sewaan dalam Islam..InsyaAllah...
Labels: PENDAHULUAN
- Jual beli adalah perkara yang diharuskan oleh syara'. Terangkan 3 (tiga) jenis jual beli yang dilarang tetapi sah.
- Senaraikan rukun jual beli serta nyatakannya secara terperinci.
- Berikan pengertian sewa dan sertakan rukun-rukunnya.
- Jelaskan 3 (tiga) hikmah diharuskan sewa.
- Jelaskan sebab kontrak menjadi batal. Huaraikan satu persatu.
Labels: SOALAN
Di antara syarat sah sewa ialah:
- Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa.
- Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syara'
- Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa, contohnya menyewakan rumah kepada isteri.
- Janganlah pekerjaan yang menjadi tujuan sewa merupakan fardhu atau wajib kepada orang yang memberi sewa.
- Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan.
Labels: SEWAAN
Di antara sewa menyewa yang tidak sah ialah:
- Penyewa menyewa pohon atau pokok untuk mendapatkan buahnya kecuali buah itu sudah masak dan sudah gugur.
- Menyewa dua jenis mata wang seperti emas dan perak
- Menyewa makanan untuk dimakan
- Menyewa barang yang dapat disukat dan ditimbang.
- Menyewa lembu, kambing atau unta untuk mendapatkan susunya.
Dilarang bertanya-tanya dan mencari-cari mengenai barang yang hilang di dalam masjid.
Hal itu sesuai dengan hadis Nabi saw:
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasululah saw bersabda,
“Barangsiapa mendengar seseorang yang mencari-cari barang yang hilang di dalam masjid, maka hendaknya dia berdo’a, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu’,kerana masjid-masjid itu tidak dibangun untuk hal ini’.” (HR Muslim).
Dilarang jual-beli di dalam masjid. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi saw:
Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Apabila kamu melihat orang yang berjualan atau membeli jualan itu di dalam masjid, maka katakan kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberi keuntungan daganganmu’.” (HR an-Nasa’i dan at-Tirmidzi serta menganggap hasan hadis tersebut).
Berkata Ibnu Mas’ud: Apabila seseorang itu meminta-minta di dalam masjid, maka sepatutnyalah dia tiada diberi. Ini merujuk kepada sedekah peribadi (bukan derma tabung masjid). Kalau hendak beri sedekah peribadi atau derma selain untuk tabung masjid, lakukan di kawasan luar masjid.
(Sumber daripada: http://smzblog.wordpress.com/2008/05/05/larangan-jual-beli-dunia-dlm-masjid/)
Labels: JUAL BELI, MASALAH, PERKARA YANG DILARANG
Labels: PETA KONSEP
UNTUK MEMUAT TURUN SILA KLIK DISINI----->download
Labels: JUAL BELI, PETA MINDA, SEWAAN
Jual beli atau perniagaan merupakan satu urusniaga yang melibatkan saling bertukar manfaat atau bertukar harta dengan harta. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ”Dalam perniagaan itu terdapat persepuluh rezeki”. Urusan berjual beli telah disebut di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T:
Sewa atau ijarah pula membawa maksud perjanjian untuk memiliki manfaat dan faedah dari satu barang atau harta kepunyaan orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan. Firman Allah S.W.T:
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ
عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ
عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ
Maksudnya: Sesungguhnya aku hendak mengahwinkan dengan kamu salah seorang daripada dua anak perempuan aku ini, dengan syarat bahawa engkau berkerja denganku selama lapan tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka demikian itu adalah daripada kerelaan sendiri.
Labels: DEFINISI
1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
-“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)
2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-”
Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)
3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”(Riwayat Ibnu Hibban)
(A) PENJUAL DAN PEMBELI
(i) Hendaklah seorang yang berakal dan baligh: Tidak sah jual beli bagi kanak-kanak dan orang gila
(ii) Dengan Kemahuan sendiri dan bukan kerana dipaksa
(iii) Seorang yang merdeka: Tidak sah sesuatu jual beli yang dilakukan oleh hamba
(iv) Bukan seorang yang muflis atau hartanya ditahan oleh pihak berkuasa.
(B) BARANG
(i) Zatnya atau sifat barang hendaklah daripada barang yang bersih dan suci. Tdak sah menjual najis, bangkai, najing, babi dan sebagainya
(ii) Mempunyai nilai manfaat iaitu boleh digunakan
(iii) Mempunyai keupayaan seseprang atau dimiliki oleh seseorang yang dibenarkan untuk berjual beli. Tidak sah menjual harta pusaka yang belum difaraidkan lagi
(iv) Mempunyai milik yang sempurna dan boleh diserahkan barang tersebut semasa akad jual beli. Tidak sah barang itu berada di luar kuasa pemiliknya seperti barang yang hilang, barang yang dicuri dan sebagainya.
(v) Penjual dan pembeli mengetahu dengan jelas kadar, jenis, sifat dan sebagainya. Tidak menjual barang yang tidak menentu seperti ikan di sungai, burung di udara dan buah-buahan yang belum pasti jumlahnya.
(C) HARGA
(i) Harga mampu diserah oleh pembeli kepada penjual
(ii) Penjual dan pembeli tahu jenis dan nilai mata wang yang digunakan.
Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya.”
(D) IJAB DAN QABUL
(i) Ijab ialah ucapan memberi dengan persetujuan bersama seperti kata penjual ” Saya jual buku ini dengan harga RM20.00 kepada kamu”.
(ii) Qabul ialah ucapan menerima dengan persetujuan bersama seperti jawab pembeli ”Saya beli buku ini dengan harga RM20.00”.
Syarat-syarat ijab dan qabul:
(i) Ucapan yang tidak diselangi dengan perkataan atau maksud lain
(ii) Mempunyai persamaan maksud dari segi barang atau maksud dan lain
(iii) Tidak boleh ditaklifkan atau ditaklikkan atau disyaratkan seperti kata penjual
”Saya jual buku ini dengan harga RM20.00 kepada kamu jika bapa kamu bersetuju”. Jawab pembeli ”Saya beli buku ini jika bapa saya bersetuju”.
(iv) Tidak dihadkan masanya seperti tempoh sah menjual dan membeli selama seminggu.
Dari keterangan-keterangan umum perniagaan haram dalam bab yang telah lepas, jualbeli atau perniagaan yang diharamkan, terbahagi kepada dua bentuk pengharaman iaitu :
1. Haram tetapi sah akadnya
2. Haram dan tidak sah akadnya
Jual beli yang dilarang bermaksud jual beli yang adanya unsur pertaruhan, yang tidak jelas hasilnya.
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
Rasulullah melarang jual beli Al Hashah dan jual beli Gharar
(a) haram menjual barang yang dilarang oleh syarak seperti menjual patung, arak, salib dan sebagainya.
(b) Menjual barang yang tidak dimiliki sepenuhnya seperti menjual binatang di dalam hutan atau burung di udara, kerana belum pasti dan ada unsur penipuan
(c) Menjual buah-buahan di pokok sedangkan belum nyata masak dan jumlah sebenarnya diketahui
(d) Menjual tanaman dalam tanah seperti ubu atau keledek yang belum diketahui jumlahnya.
(e) Menjual daripada jenis yang sama seperti gandum dengan gandum kerana mesti ada unsur penipuan kecuali jenis yang berlainan.
(f) Jualan bersyarat seperti Hakim hendak menjual rumahnya kepada Rose dengan syarat Rose mesti menjual keretanya kepada Hakim.
a) Belian terhadap barangan yang bertujuan menyekat daripada orang lain membelinya
b) Membeli dengan menawarkan harga yang lebih tinggi daripada orang lain yang masih dalam tempoh pilihan
c) Menyekat perniagaan orang dusun atau kampung di pertengahan jalan supaya menjual barangan lebih murah daripada harga yang sebenar.
d) Memonopoli perniagaan dengan hanya ada satu penjual dan dipastikan tiada peniaga lain yang boleh bersaing.
e) Berjual beli barang yang halal tetapi dengan tujuan maksiat.
f) Berniaga secara tipu muslihat dengan mempamerkan barangan baik tetapi menyembunyikan barangan yang tidak baik di bawah barangan yang baik
RIBA
Definisi Riba’.
Dari segi bahasa ialah :bertambah atau subur.
Dari segi syarak pula ialah : aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.
Bahagian Riba’
Terbahagi kepada tiga bahagian :-
a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang. Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).
b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli. Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.
c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik RM 120.00
3. Dalil-dalil pengharaman riba’
وأحل الله البيع وحرم الربوا....
Firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)
Labels: JUAL BELI, PERKARA YANG DILARANG, RIBA
SENARAI RUJUKAN
Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd.
Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13
Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.
Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12.